Khamis, 25 Disember 2014

Annual Dinner dan Team Building NTP

Assalamualaikum,

Lame molek dok update blog ni.. Cerite ni takde kene mengena dengan planet marikh. ini cerita perjalanan kami 2 hari ke KL, bukan Kampung Losong tapi Kuala Lumpur.. hahaha...
Jam 0800 kami bertolak ke KL dengan 3 buah kereta. 2 daripada tu, Honda... Perghh.. Laju... Satu lagi tu kereta Nasional Malaysia, SAGA FLX... Kami sampai KL tepat jam 1400... Memang laju kami speed sebab kami ada briefing di tingkat lima...Ini adalah antara Gambar kurang jelas dan gambar curi..
 Sesi penerangan ini dari HR (Sylvia).. Setiausaha CEO NTP.. Pending jugek kami dengar sebab campur letih tapi faham jugak la apa yang diterangkannya..



Budak Praktikal pun kene.. hahaha... Kesian hakim dengan pok kene jugak briefing...
Jam 1600, kena tukar baju baru company.. Company buat pelancaran baju baru...
Inilah baju baru kami... Siap ditaja oleh HP lagi.. bangga sungguh la... Kesian Zunira, dahlah kecik. Duduk senget gitu,, sakit pinggang die..
Kami untung ada bos sporting macam Alton ni.. Asal nak bergambar dengan CEO (Tommy Lim), tapi bos besar sibuk. Keputusannya nampak Mr.Alton ni pun jadi la.. Nak cari En.Zafidi, tak nampok dia ada depan tu..
Lame jugek kami kena duduk situ.. Jam 1630, CEO pulak masuk dalam bilik meeting.. Bagi memberitahu hala tuju syarikat dan juga mengeratkan jalinan antara kami di bahagian operasi. Lastly kami masuk hotel Ampang Puteri jam 1830... Kami kena cepat sebab malam tu ada annual dinner special. Kami kena sampai kat annual dinner tu sebelum upacara bermula. Tahun ini kurang hiburan, hanya Bos besar buat ucapan dan sejarah syarikat supaya semua ahli syarikat tahu sejarah dan bagaimana nak melancarkan operasi syarikat.
Ini adalah barisan utama syarikat...

Malam tu juga ada antara kami ni dapat cabutan bertuah iaitu Othman, Na'im, Amir, Aizat dan Adham.
Adham la yang paling best, dapat laptop HP yang terbaharu. Sementara Amir, dapat anugerah Staf paling sihat 2013.. Memang terbaik... (Orang lain gambar kat hotel, ni ambik gambar kat parking)...



Keesokannya kami ke Berjaya Times Square untuk bermain ESCAPE ROOM. Ini adalah anjuran company bagi hiburan, mengeratkan serta kerjasama antara satu sama lain. Setiap kumpulan mesti ada seorang wakil terengganu ni. Ada 12 kumpulan yang bermain.. Macam-macam ragam, ada yang kena Cage, Wonderland, Gallery, Haunted dan bermacam lagi la.
Ini antara gambar semasa di sana. Saksikanlah...





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAKAN MALAM UNTUK TAHUN 2021

  Selagi kami masih bersama, makan-makan ini akan menjadi tradisi sebagai hubungan sahabat, kawan, dan rakan sekerja menjadi lebih akrab. Ra...