Khamis, 29 Mei 2014

Hari ini takde cerita untuk diceritakan. Cuma pagi tadi, kelibat 2 orang staf starza pergi ke dapur warung untuk ambil kerepok lekor yang masih ada dalam kuali. Mereka tunggu sampai masak, sebab takut habis dikebas pengunjung warung kedai tu. Nama warung yang unik (Warung Kuna). Sampai tauke warung sibuk terus nak angkat kerepok lekor yang masih panas awal pagi.







Pada jam 1000, semua keluar pejabat kerana pelbagai urusan. Tinggal la naim yang ditemani oleh komputer-komputer yang hanya mengeluarkan angin yang tidak berbau. Naim hanya buat imaging Windows untuk UniSZA kampus Besut. Kali pertama buat imaging dengan PC All-In-One, touch screen lagi. Tinggal nak pergi Besut saja untuk 50 unit lagi imaging.
Hari ini juga tamat la budak 'parttime' yang bekerja selama 2 minggu bagi kerja-kerja kutipan komputer yang tamat tempoh dalam UMT. Terima kasih diucapkan pada 'Korie' dan 'Che Wan' kerana membantu dalm kerja-kerja tersebut. Mudah-mudahan pekerjaan ini dapat berkat dari Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAKAN MALAM UNTUK TAHUN 2021

  Selagi kami masih bersama, makan-makan ini akan menjadi tradisi sebagai hubungan sahabat, kawan, dan rakan sekerja menjadi lebih akrab. Ra...