Pada jam 1000, semua keluar pejabat kerana pelbagai urusan. Tinggal la naim yang ditemani oleh komputer-komputer yang hanya mengeluarkan angin yang tidak berbau. Naim hanya buat imaging Windows untuk UniSZA kampus Besut. Kali pertama buat imaging dengan PC All-In-One, touch screen lagi. Tinggal nak pergi Besut saja untuk 50 unit lagi imaging.
Hari ini juga tamat la budak 'parttime' yang bekerja selama 2 minggu bagi kerja-kerja kutipan komputer yang tamat tempoh dalam UMT. Terima kasih diucapkan pada 'Korie' dan 'Che Wan' kerana membantu dalm kerja-kerja tersebut. Mudah-mudahan pekerjaan ini dapat berkat dari Allah S.W.T.